Archive for March, 2012

:. kenapa perlu lauk ? .:

::: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG :::

::: SELAWAT & SALAM BUAT JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W :::

Dikisahkan pada saya sebuah cerita …

Jam di dinding menunjukkan 10.30 pagi.

” along ! along ! “

” ada apa  mak ? “

” dah solat dhuha belum? “

” ala mak ni.. sunat ja la..cukup la along semayang yang wajib tu.. “

12.30 tengah hari.

Along berjalan ke dapur untuk makan tengah hari seperti biasa.

” mak ! mak ! “

” kenapa along ? ada hantu ka kat dapur tu ?

” mak,mana lauk tengah hari ? kenapa nasi ja ?

” x kenyang ka along makan nasi saja? “

” ala mak ni..mana sedap makan nasi saja.. “

” ha..tau pun.tadi mak suruh along solat dhuha along cakap cukup ja solat yang wajib tu..maknanya cukup ja la along makan nasi ja tengah hari ni,”

” tu solat mak..ni makanan..”

” solat pun macam tu juga along..memang la cukup yang wajib,yang Allah suruh tu.tapi mesti la kita nak cantikkan,nak sedapkan lagi ibadat harian kita.macam mana?dengan kita lakukan amala-amalan sunat..x gitu along.. 🙂 ? “

along menundukkan kepala.tanda setuju dengan apa yang dikatakan ibunya.

Akan tiba satu hari kita akan kembali menghadap Ilahi.apakah kita fikir cukup dengan ibadat-ibadat wajib kita bawa sebagai bekalan untuk bertemu Dia,yang Maha segalanya ?

Moga-moga kita mendapat ibrah dari kisah di atas.Ambil pengajaran tersebut untuk kita memperbaiki diri dalam meneruskan perjalanan menuju Ilahi.

Advertisements

HARGA SEBUAH KASIH SAYANG

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani.

HARGA SEBUAH KASIH SAYANG

Sebuah Nissan Skyline GTR r-35 terletak gagah di hadapan perkarangan rumah Amir. Kereta yang selama ini diidam-idamkannya telah menjadi miliknya. Mimpinya menjadi kenyataan dan koleksi kereta mewahnya bertambah. Dengan gajinya yang mencecah lima angka sebulan ditambah lagi dengan pendapatan isterinya, pastinya membeli kereta seperti itu mudah baginya. Kehidupannya sekeluarga boleh dikatakan dalam golongan berada.

Amir dan isterinya dikurniakan seorang puteri yang comel diberi nama Putri Leya. Usia Leya baru sahaja mengenjak 2 tahun dan semestinya kanak-kanak sepertinya punya sifit ingin tahu dan ingin mencuba yang tinggi kerana ia merupakan salah satu proses pembesaran bagi kanak-kanak seusianya. Namun begitu, Leya ketandusan kasih sayang daripada kedua ibu bapanya. Kesibukan ibu bapanya mengejar kemewahan menyebabkan Leya terabai. Kebanyakan masa, Leya bersama dengan pengasuhnya, Mak Jah. Selama ini Mak Jah jua yang mengasuh dan mendidik Leya.

Suatu pagi, Leya bermain di garaj kereta ayahnya. Leya, yang sering menonton rancangan ‘Art Attack’ membuatkan dia menjadi seorang yang kreatif. Di sudut garaj,terparkir kereta Nissan Skyline GTR R-35 ayahnya. Kemasan kereta ayahnya yang ‘glossy’ menarik minat Leya untuk meluahkan seninya yang terpendam. Lalu, Leya mengambil spanar di rak perkakas di sebelah kereta Nissan Skyline GTR R-35 ayahnya itu. Maka bermulalah projek seni Leya. Dengan penuh tekun dia mengukir dan melukis apa yang ingin dia luahkan. Pokok, burung, sungai, dan bermacam-macam lagi.

Kelihatan jam di ruang tamu sudah menunjukkan pukul  7 petang. Kedengaran deruan enjin kereta memasuki perkarangan rumah dan kelihatan Amir dan isterinya keluar dari kereta. Leya berlari keluar mendapatkan kedua ibu bapanya bagi melepaskan kerinduannya seharian.Amir yang keletihan ditarik oleh Leya ke garaj kereta kerana Leya ingin menunjukkan hasil seninya pada ayahnya.
Jantung Amir bagai berhenti berdegup apabila melihat kereta kesayangannya dipenuhi dengan lukisan dan contengan. Yang lebih memedihkan lukisan dan contengan itu merupakan torehan-torehan menggunakan perkakasan besi yang tajam. Amir yang tidak dapat menahan amarahnya melihat ke arah Leya yang masih lagi senyum mengharapkan ayahnya menyukai hasil seni yang telah dia pamerkan pada kereta ayahnya.

Amarah yang memuncak bagaikan tidak mampu ditahan. Amir mencapai sebatang kayu kecil yang terletak tidak jauh dari tempatnya berdiri dan menarik tapak tangan Leya ke arahnya.Amir merotan tapak tangan Leya tanpa menghiraukan  tangisan dan jeritan Leya yang sedang dalam kesakitan. Nisha, ibu Leya dan juga isteri pada Amir,bersama dangan Mak Jah cuba menenangkan Amir yang sudah naik minyak namun usaha mereka hanya sia-sia kerana ternyata mereka tak mampu menahan kelakuan Amir yang terkenal dengan sifat panas barannya.

Malam itu Mak Jah menemankan Leya tidur di biliknya. Mak Jah baru sahaja selesai menyapu minyak gamat pada kedua belah tapak tangan Leya yang penuh dengan birat-birat luka disebabkan perbuatan Amir lewat petang tadi. Sungguh Mak Jah tidak menyangka yang Amir sanggup memperlakukan anaknya sebegini rupa. Kasihan anak kecil itu.Apakah kesalahan yang dilakukan olehnya wajar dihukum sekejam itu.Mak Jah melihat wajah Leya yang sudah terlena. Jelas nampak  anak kecil itu menanggung kesakitan dari seraut wajahnya yang suci itu.

Selang beberapa hari dari kejadian tempoh hari, keadaan Leya semakin membimbangkan. Demamnya semakin teruk dan luka-luka di tapak tangannya pula menjadi semakin parah hingga bernanah. Mak Jah memaksa Amir membawa Leya berjumpa dengan doktor kerana sebelum ini Amir hanya meminta Mak Jah menyapukan minyak gamat pada luka Leya dan memberi Panadol untuk mengurangkan demamnya sahaja.

Setelah dibawa berjumpa doktor, Leya terpaksa ditahan di wad kerana keaadannya yang teruk dan memerlukan rawatan selanjutnya daripada doktor. Dr Azrain,iaitu doktor yang merawat Leya keluar dari bilik rawatan pediatrik iaitu bahagian yang ditugaskan khusus untuk merawat kanak-kanak lalu mendapatkan Amir, Nisha dan Mak Jah yang sedang menunggu di luar bilik rawatan lalu menjemput mereka ke bilik pejabatnya.

Amir bertanyakan keadaan anak perempuannya. Jelas seraut kekesalan tergambar di wajahnya. Dengan penuh berat hati, Dr Azrain menerangkan keadaan Leya pada mereka bertiga. Air mata Nisha jatuh bercucuran  sebaik Dr Azrain menghabiskan ayat terakhirnya sambil Mak Jah cuba memujuknya. Amir pula tertunduk. Kesal dengan apa yang terjadi. Dr Azrain mengatakan yang kedua belah tangan Leya telah dijangkiti kuman dan sudah sampai ke tahap yang serius. Kedua belah tangannya perlu dipotong hingga ke pergelangan tangan bagi mengelakkan jangkitan kuman itu menular ke anggota badan yang lain. Amir sudah tidak punya pilihan lain. Pembedahan itu perlu dijalankan bagi menyelamatkan nyawa anaknya.

Masa berlalu dan pembedahan Leya selamat dijalankan. Keesokan harinya, Leya sedar dari lenanya. Dia kebingungan melihat wajah ayah dan ibunya di sisinya. Dia cuba menyentuh tangan ibunya berada di sisi kirinya namun dia tak mampu. Leya kehairanan dan dia merasakan bagai ada yang tak kena dan dia tersedar, kedua belah tangannya sudah tiada. Air mata Nisha tidak tertahan lagi melihat keadaan anaknya. Hatinya luluh. Leya tidak henti-henti meminta maaf pada ayahnya atas kesalahannya yang lalu dan meminta ayahnya memulangkan semula tangannnya. Dia berjanji yang dia tidak akan menconteng kereta ayahnya lagi. Amir tertunduk. Egonya runtuh. Dia tak mampu berkata apa-apa. Anaknya menjadi sebegitu kerana dia tak mampu untuk mengawal sifat amarahnya. Ternyata, saat dia menghukum anaknya itu, harga kasih sayangnya pada anaknya tak melebihi harga sebuah Nissan Skyline GTR R-35.
Image

::untuk apa aku hidup ? 1::

::DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG ::

::SELAWAT & SALAM BUAT JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W::

apa khabar sahabat-sahabat saudaraku?apa bentuk graf iman kita pada hari ini?

doaku..moga-moga semuanya terus terpelihara dalam rahmat & kasih sayang Allah ^^

Alhamdulillah ! bersama tangisan air mata, ibu & ayah kegembiraan menyambut kelahiran kita ke dunia.harapan mereka semestinya tinggi,sama ada mereka meluahkan melalui kata-kata atau tidak..apa yang pasti,mereka mahu melihat kita menjadi anak yang soleh/solehah,yang akan mendoakan mereka.

 Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘an  bahawasanya  Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. 

(Hadith riwayat Imam Muslim)

***************************

Apakah sengaja Allah lahirkan kita ke dunia?

Ayuh,kita tadabbur sedikit satu ayat dalam  LOVE LETTER ,

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Dan tidaklah Aku ciptakan seluruh jin dan seluruh manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu”

(Adz Dzariyat [51] :56)

tidak perlu diterang panjang lebar saya kirakan kerana sudah jelas dalam kalam Allah itu mengapa kita diciptakan & dilahirkan di muka bumi milikNya ini.

apakah pengertian ibadat yang Allah sebut itu pada kita?

sekadar solat?puasa?zakat?haji?

bukankah semua itu ada waktu-waktu tertentu untuk kita laksanakannya?

maksudnya,kalau bukan pada waktu-waktu tersebut kita tak boleh la nak beribadat kan? ^^

hmmmm..bukankah Allah itu Maha Penyayang?

mana mungkin Allah terhadkan waktu ibadat hambaNya kepadaNya..:)

bagaimana nak menjadikan dari awal kita bangun sampailah kita tidur dikira ibadat di sisi Allah s.w.t ?

 “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.

(Hadis Sahih Bukhari dan Muslim)

 apa kaitan hadis pertama Imam Nawawi ni dengan ibadat kita ?

semestinya ada kaitannya..^^

saya beri contoh..

kita bangun pagi, ucapkan alhamdulillah.

malaikat dah catat tu ‘ satu ibadat ‘ .sebab itu tanda kita ingat Allah.

pergi tandas,gosok gigi.niatkan dalam hati tu,” aku gosok gigi ni sebab nak ikut sunnah nabi ” <—- ‘dua ibadat !’

selepas tu kita mandi.sekali lagi jangan lupa niat.

” nak bersihkan diri sebab lepas ni nak menghadap Allah,kena bersih ” <— ‘lagi ibadat’

saya yakin kita boleh lihat dari contoh-contoh di atas,bagaimana dari sekecil-kecil perbuatan kita boleh jadi ibadat.

ayuh, kita sama-sama sentiasa perbaharui,cek balik niat dalam setiap langkah kita,dalam apa jua yang kita lakukan.

sedangkan Khalifah Umar Abdul Aziz,seorang pemimpin hebat sentiasa perbaharui niat dalam setiap langkah beliau,apatah lagi kita kan. :)

dalam sehari tu semestinya banyak perkara yang kita lakukan.cuba bayangkan andai setiap benda yang kita lakukan tu kita sentiasa perbetulkan niat kita kerana Allah,kerana Nabi,untuk kemajuan Islam..insyaAllah setiap perbuatan kita tu akan dikira ibadat oleh Allah s.w.t.

begitulah kuasa niat.mengubah tabiat menjadi ibadat.

dengan niat kita dapat kembali kepada salah satu tujuan kita hidup di bumi Allah ni,iaitu untuk beribadat kepadaNya.

insyaAllah moga-moga sahabat-sahabat mendapat kalau tak banyak pun,sedikit ilmu Allah dari perkongsian ini.moga bermanfaat.

bersambung : untuk apa aku hidup ? 2

Layar seekor semut

Salam ukhuwah fillah, apa khabar sahabat sekalian.bagaimana iman dan taqwa, moga sama-sama berusaha mempertingkatkan dalam kehidupan ini. Agar menjadi bekalan terbaik kelak. Alhamdulillah sedikit coretan hati dalam meneroka sebuah kehidupan yang layarnya mampu memberi seribu pengajaran pada diri dan sahabat sekalian. mungkin ada yang pernah membacanya dalam blog ana dan ini sekadar perkongsian untuk mengimarahkan blog keluraga alis ini..  kali ini ingin berkongsi mengenai haiwan iaitu semut..

“eh3, jom3 ada benda besar kena angkat melalui dinding nie, tarikan gravity kena lawan, perlukan tenaga lagi, sahabat kita yang lain dah penat dah tu, ayuh”… mesej ini disampaikan kepada yang lain. Bergerak-gerak ke kiri dan kanan dan pasti akan bertemu yang lain. Itulah barangkali bayangan dari otakku saat melihat seekor semut bergerak dari kawasan yang mana ada sumber makanan yang besar dan berat mungkin ke arah tempat yang lain untuk berhubung dengan semut lain. Pasti saat mereka bertemu mereka merapatkan kepala.. subhanallah, aku terfikir sesuatu… sumber makanan itu merupakan besar dan berat dan semut-semut itu kecil dan barang kali tidak mempunyai kekuatan seperti kita. Mereka cuba untuk membawa makanan itu mendaki dinding yang pastinya condong dan kecerunan dia adalah 90 degree dan terpaksa melawan tarikan gravity lagi. Pada mulanya aku melihat sekumpulan semut-semut kecil itu membawa makanan itu dan makanan itu bergerak sedikit demi sedikit. Tiba-tiba terhenti di suatu tempat dan agak lama di situ, mungkin kepenatan bisik hati kecil ini.. kemudian tertarik dengan seekor semut kecil itu keluar daripada kumpulan itu bagaikan ingin memanggil mereka yang lain, setiap langkahnya jika ketemu semut yang baru pasti dengan biasa bertemu kepalanya bagaikan berkomunikasi sesuatu, aku melihat geraknya sampailah dia masuk ke lubang kecil di celah dinding rumah. Kemudian, keluar deretan panjang semut-semut kecil bagaikan tentera-tentera segar dan bersemangat ke tempat makanan tadi.. kagum diri ini sebentar…
Apa yang boleh dijadikan nasihat bersama yea… insyaAllah sekadar perkongsian.. ingin diulas dari sudut lisan dan perbuatan..

1. Perbuatan 

Cuba kita lihat semut tadi, biarpun mereka itu merupakan makhluk kecil, kerdil dan mungkin agak lemah berbanding ketika kerana ada muscle-muscle yang mampu membantu kita saat kita ingin melakukan sesuatu namun mereka Berjaya dalam misi mereka membawa makanan itu.. kerana apa, ada 4 faktor di sini, pertama mereka ada matlamat, matlamat mereka jelas iaitu inginkan makanan kerana semut memerlukan makanan dalam keperluan hidupnya, yang kedua kerana mereka bersatu hati, biarpun mereka kecil dan pabila makhluk lain seperti manusia melihat mereka akan katakana mereka lemah namun jika digabungkan sedikit itu menjadi suatu kekuatan yang kuat maka, mereka mampu membawanya, ketiga adanya seorang daripada mereka yang menggerakkan mereka yang masih leka, cuba kita lihat, pabila dirasakan makanan itu cukup berat lalu, seekor semut bergerak dalam hala tuju yang jelas untuk memanggil sahabat-sahabatnya yang lain untuk memudahkan perjalanan mereka dan yang keempat, mereka semua sama… cukup indah jika kita ambil iktibar ini dalam kehidupan layar seorang manusia dan hamba Allah…

  • Pertama mengenai matlamat

Jika kita benar-benar setkan apakah matlamat kita di dunia ini dan apa yang kita inginkan maka sebenarnya kehidupan ini cukup mudah untuk kita harungi. Kerana jelas kita tahu apa yang kita nak iaitu ending kehidupan kita. Namun, harus diingat jika matlamat kita hanyalah sekadar keduniaan dan mengharapkan keseronokan dunia semata-mata sememangnya kita telah pun jatuh perangkap keseronokan dunia syaitan dan pastinya azab yang pedih. Namun jika matlamat kita benar, ikhlas dan jitu dalam mencari redha Allah, maka kita akan rasa bahagia dan tenang dalam melakukan setiap detik hidup kita untuk mencari redha Allah dan peroleh rahmat Allah biarpun kadang kala kita dihimpit rasa pahit dan kekecewaan namun itu sekadar ujian tanda Allah sayang akan hambanya dan melihat sejauh manakah keimanan dan keyakinan kita pada Allah.. oleh itu sahabat, letaklah tangan pada hati dan dada anda, ayuh sama-sama kita memperbetulkan matlamat kita dan niat kita dalam setiap amalan agar setiap apa yang menjadi bukti dan saksi di bumi ini mampu membawa kesejahteraan untuk kita kelak bukannya kebencian Allah… insyaAllah..

“Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).” –surah al-ankabut ayat 64-

  • Kedua mengenai nilai sebuah kerjasama dan persaudaraan.

Umat islam cukup bertuah kerana mampu merasai apakah itu nikmat persaudaraan dan ukhuwah. Itulah hebatnya islam. Namun sedih tatkala kita melihat nilai persaudaraan ini semakin terhakis. Lihatlah bagaimana jatuhnya khalifah uthmaniyah, pabila hilangnya rasa persaudaraan oleh segelintir umat islam akhirnya mereka berpecah sehingga ada di antara mereka mengkhianati Negara dan agama mereka sendiri. Sudah jelas apa yang terjadi kepada pengkhianat itu pabila jasadnya tidak diterima bumi. Lihatlah betapa teruknya kesan jika nilai persaudaraan itu tidak dihargai. Hari ini, dirasakan nilai persaudaraan itu kembali ingin berputik pabila sudah banyak Negara yang rakyatnya umat islam berani menegakkan keadilan sehingga berkorban nyawa demi menuntut kebebasan dan maruah islam agar terus terjaga daripada kejahatan dan bayangan pemimpin yang zalim. Sungguh kagum melihat revolusi mesir, berlaku di Lebanon, dan di tempat lain. Anak-anak muda sudah cuba untuk mengenali betapa agungnya agama Allah di bumi ini.. ayuh sahabat, tanamkan nilai persaudaraan dalam setiap apa yang kita lakukan agar tidak mudah kita berpecah biarpun orang kafir cuba menghasut kita dengan media massa dan sebagainya. Nilai persaudaraan inilah yang menjadi nasihat saat kita alpa… insyaAllah..

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat..” – surah Al-Hujuraat ayat 10-

  •  Ketiga adalah mengenai “dakwah”.

Cuba lihat, di saat dirasakan bantuan diperlukan maka seekor semut akan bergerak mencari rakan yang lain.. tanyalah diri anda.. islam pasti akan bangkit bukan? Islam pasti akan Berjaya kembali bukan? Islam pasti akan menakluki dunia kembali bukan? Islam pasti akan menjadi kuasa yang kuat bukan? Pastinya dengan semangat kita akan kata ya, ya, ya dan ya.. kerana semua umat islam mahukan itu, namun anda lihat sekarang.. adakah islam mampu.. islam memerlukan penggerak-penggerak dan pejuang agama Allah sahabat.. cuba kita pandang dan lihat di kiri dan kanan kita.. lihatlah mereka, berapa ramai di antara mereka yang cukup seronok dengan segala hiburan sehingga lupa akan janji mereka di alam roh dahulu. Ramai bukan, realitinya masih ramai saudara kita di luar hanya faham islam itu diwarisi bukannya islam itu cara hidup. Maka, siapakah akan menyedarkan mereka. Pastinya diri kita sahabat. Medan dakwah bukannya bererti kita perlu bersedia dengan ilmu yang cukup untuk mengajar kepada orang namun dakwah itu merupakan suatu lapangan nasihat. Jika kita menasihati saudara kita biarpun ketika makan di warung atau sebagainya dengan niat ikhlas untuk menyedarkan dia, maka itu merupakan satu dakwah malah dakwah dengan cara itu adalah lebih baik jika orang itu benar-benar sedar perkara sepatutnya. Realitinya, ramai sahabat-sahabat kita cuba lari dengan pelbagai alasan biarpun dia mampu. Namun, jika benar inginkan islam kembali sinar mekar, tugasan kita bersama untuk membantu saudara dan agama islam. Ayuh sahabat, peganglah hati-hati kita agar berada di jalan yang menuju kejayaan islam kembali. Biarpun dakwah itu kadang kala pahit dan penat, maka bersabarlah kerana islam memerlukan kita agar kelak kita mampu berbahagia.. insyaAllah.. islam pasti bangkit..

“….. Allah adalah al-Waliyy (Pelindung) orang yang bertakwa.” –surah al-Jathiyah 45:19-

  •  Yang keempat ialah mengenai sama rata

Sungguh kagum melihat semut-semut itu, semua mereka seakan sama sahaja mengangkat makanan itu. Tubuh yang sama dan mengangkat bagaikan serentak dan bergerak seiringan.. unik dan indahnya, kerana kita berbeza daripada yang lain. Islam mengajar umatnya agar sama sahaja dan kita hanya dibezakan melalui sejauh manakah tahap taqwa kita kepada Allah. Malah, dengan murninya islam ini ramai sahabat Rasulullah s.w.t dahulu memeluk islam dan ramainya hamba tertarik dengan keadilan dalam islam malah di antara mereka menjadi pejuang agama Allah yang berani berjuang di medan perang seperti Bilal bin Rabah.. Allah, cukup syumul islam ini.. namun, lihat sahaja zaman Rasulullah, saat Rasululla ingin wafat, dan Rasulullah sendiri menawarkan kepada sahabat jika Rasulullah ada hutang dengan sahabat yang lain.. seorang pemimpin yang sentiasa menjaga perkara terbaik dalam dirinya… ketika zaman khalifah, saidina umar sanggup menyamar menjadi seorang yang miskin untuk melihat rakyatnya agar setiap harta yang dimiliki itu adalah harta sepatutnya. Biarpun menjadi pemerintah dan tidak pernah merasakan dirinya.. hebat sungguh peribadi zaman dahulu… lihatlah sekarang, hati, mata dan minda mampu melihat, berfikir dan merasakan apakah perbezaan berbanding zaman dahulu. Memang benar kita tidak sehebat mereka namun mengapakah kita tidak berusaha untuk mencontohi mereka. Berapa ramai yang sekarang ini bermegah dengan pangkat, harta dan darjat mereka dan berapa ramai pula yang merintih-rintih mencarikan sesuatu untuk sesuap nasi bagaikan mereka seakan-akan tidak tahu kesenangan mereka kelak berada di sisi Allah saat menghitung setiap apa yang dilakukan dan niat mereka.. ya Allah, suburkanlah kami dengan akhlak mahmudahMu ya Allah, jangan mudah kami terkena denan bisikan syaitan dalam melahirkan sifat ujub, takabbur dan riyak ya Allah.. peliharalah kami.. amin ya Allah…

2. Ibrah yang kedua ialah mengenai lisan.

Ayuh lihat cara komunikasi semut-semut itu, mesej yang disampaikan bagaikan terus lekat pada hati mereka dan segera bergerak ke makanan tadi untuk membantu. Dalam hidup ini, jagalah lisan kita seeloknya kerana lidah ini mampu maembawa kepada sesuatu yang dibenci Allah atau sesuatu yang disukai Allah dan lebih elok jika diam jika itu yang lebih baik. Cara komunikasi berkesan..itulah kekurangannya malah kekurangan diri ini juga. Seorang pendakwah umat islam yang hebat hendaklah mempunya teknik komunikasi yang betul agar apa yang disampaikan itu sampai kepada pendengar dan apa yang dikatakan dirasakan memberi manfaat kepada mereka. Ayuh ubah cara komunikasi kita agar kehidupan ini lebih dihargai disekeliling malah lebih penting dapat menghindari dari kemurkaan

Allah.. bagaimana caranya, perbayakkan dekat hati dan jiwa pada Allah agar rasa takut untuk bercakap yang tidak sepatutnya, selalu mendengar nasyid dan video islamik yang best agar mampu membisik bisikan rohani kita, perbayakkan zikir dan membaca al-Quran agar lidah kita lembut untuk mengatakan yang baik-baik sahaja dan yang lebi pentingnya pasangkan niat yang betul sebelum bermula sebarang komunikasi agar niat kita selaras dengan matlamat kita dalam mencari redha Allah.. ayuh sama-sama koreksi dan mengubah diri.. insyaAllah…

“Sampaikan islam walaupun satu ayat”. –riwayat al-bukhari-

Allah, x sedar panjang pulak coretan kali ini. Hanya ibrah dari seekor semut yang mungkin mampu memberi sesuatu kepada kita dan nasihat dalam merencana hidup kita ini. Jika benar diri kita ingin mempunyai suatu harapan dan cita-cita yang besar maka inilah antara sesuatu yang boleh kita amalkan dalam diri kita. Jika ingin kita memperjuangkan islam, inilah antara permulaannya, dan jika kita ingin mencapai hasrat kita ingin menjadi doctor ke engineer ke inilah antara peribadi yang mampu membawa kepada kejayaan. insyaAllah. Moga kalian dirahmati Allah.. akhir kata, jangan pernah rasa diri kita ini hebat dan sempurna kerana itu merupakan bisikan syaitan dalam melemahkan kita..

“Berlumba-lumbalah kamu kepada keampunan daripada Rab (Tuhan) kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan para rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.” -surah al-hadid ayat 21-

Wallahu a’lam..

Salam ukhuwah dan selamat membaca.. (^_^)

Ibrah sebatang pensil

Salam ukhuwah sahabat2.. bagaimana iman dan jasad? Alhamdulillah, dengan ruangan moga-moga mampu bersama-sama mencari redha Allah. sebagai pembuka bicara, ingin dikongsikan satu kisah yang cukup menarik.. kisah mengenai pensil.. (^_^)

Pensil

Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.
“Apa ibu sdg tulis? Ibu tulis tentang siapa? Atau, pengalaman ibu?”
“Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini.”
“Apa yang istimewa tentang pensel ini?”, tanya si anak.
“Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada 5 nilai yang boleh dipelajari daripadanya.Mahu tahu?”
“Ya, Ibu.”

Pertama, pensel ini mengingatkan jika kamu boleh buat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita mengikut kehendakNya.

Kedua, ketika menulis, pensil kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga, Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun, kita boleh memadamkan dan membetulkan tulisan ini semula. Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, setiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina, kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat, tahukah anak ibu, mana yang lebih penting; luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

Kelima, pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri kamu atau orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

Koreksi diri.

Hanya sebatang pensel, yang pada kita sebelum ini sesuatu yang biasa, sudah rosak kita buang dan mencari yang baru. namun, disebalik ‘biasa’ ini ada sesuatu luar biasa untuk peringatan kehidupan kita. lihatlah pensel, sepanjang khidmatnya sentiasa berbakti untuk tuannya, menyuluh terangnya cahaya ketika mencatat ilmu dan sanggup kadang2 diri menjadi mangsa demi penciptanya. begitu jugalah kita, hamba Allah. apakah detik yang berlalu kita melaksanakan tugas kita pada Allah. adakah kita membantu mereka yang disekeliling seperti pensel tadi.. semuanyaa pada hati kita semua. tertarik dengan satu perkataan, “indahnya hidup dengan memberi”. maknanya indahnya kehidupan kita jika kita ikhlas memberi dan membantu mereka di sekeliling. begitulah aku ingin mendidik hati ini dalam memberi sesuatu. sekiranya tidak mampu dengan harta dan fizikal sekurang-kurang mampu membantu dalam kehidupan sesseorang, hala tujunya, akhlaknya dan pelajarannya kerana aku ingin menyuburkan hati-hati di sekeliling. sedikit perkongsiaan kisah sebatang pensel dan iktibar untuk tatapan bersama. sesungguhnya jika kita ikhlas melaksanakan sesuatu di jalan Allah pasti Allah akan bantu kita.

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
(surah al-ankabuut ayat 69)

“Kejarlah apa yang berguna untukmu, minta bantuan daripada Allah dan jangan lemah. Apabila ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata:”kalau begini, nescaya tidak akan begitu.” akan tetapi katakanlah:’ini takdir Allah, Allah sebaik perancang untuk hambanya’.”

salam ukhuwah dan selamat membaca.