ukhuwah dalam perjuangan.

Salam ukhuwah, apa khabar iman dan jasad kalian. Alhamdulillah bertemu kembali dalam ruangan ini. Hinanya diri untuk menungkil coretan rasa. Namun diri ini menulis agar memperbetulkan kekurangan diri dan agar mampu dikongsi dengan sahabat.. ukhuwah itu sampai syurga..

2 insan pencari redha Allah.

Uthman seorang anak muda yang berjiwa muda dalam perjuangan. Uthman mempunyai seorang sahabat sejati yang sangat akrab dengannya. Seorang yang sentiasa memberi nasihat padanya, tertawa dan menangis bersama, jatuh dan bangun bersama dan yang sentiasa gah dalam medan perjuangan dakwah. Sahabatnya itu bernama Ahmad. Akrabnya mereka jika peha kanan Uthman dicubit dan sakit maka peha Ahmad juga demikian. Mereka berada pada kumpulan penggerakan islam yang sama yang mana matlamatnya cukup jelas dalam perjuangan. Biarpun mereka penat dan letih berlari kesini dan kemari namun kepenatan itu bukannya pahit malah begitu manis. Ikhlasnya mereka dalam berdakwah sehinggakan ramai di antara sahabat mereka melihat mereka seperti sepasang kasut yang sukar untuk dipisahkan. Namun, sejak kebelaknagn ini, Ahmad dilihat berjauhan dengan Uthman. Kelincahan Ahmad dalam dakwah semakin perlahan dan Uthman menyedari perubahan itu. Bila ditanya mengapa berubah, Ahmad hanya tersenyum dan katanya ada perkara lain di luar. Cuba sembunyikan sesuatu. Uthman terasa sedikit terasa dan merasakan Ahmad sudah ada perkara lain dan sedikit memperlahankan perjuangan mereka. Bila sahaja bertemu, Ahmad mukanya agak pucat, penat dan hanya tersenyum manis. Mungkin sahaja Ahmad sudah ada aktiviti lain di luar. Mereka jarang berjumpa bersama. Suatu hari, Uthman menerima paggilan telefon menyatakan bahawa Ahmad sakit tenat di hospital. Dengan perasaan hiba dan sebak Uthman berlaju ke hospital. Air mata Uthman mengalir melihat badan Ahmad lemah atas katil. Uthman mendekati dan memegang tanganya. Ahmad berbisik sesuatu pada Ahmad sambil cuba melemparkan senyuman. “teruskan berjuang wahai sahabat”. Dia kemudian dengan tenang dan lancar meniggal di sisi Uthman. Suasana sebak selubungi Uthman melihat senyuman terakhir Ahmad. Kemudian, Uthman melihat satu genggaman surat di tangan Ahmad yang tertera nama Uthman. Uthman membuka dan membacanya;

“Salam sahabat. Moga enta ceria selalu. Ana ingin meminta maaf sekiranya sepanjang perkenalan kita, ana banyak menyusahkan dan melakukan kesilapan pada enta. Ana ingin meminta maaf jika sekiranya beberapa minggu ini ana berjauhan dengan enta. Bukan sengaja ana berjauhan tetapi ana tidak mampu. Hati ini sungguh rindu pada perjuangan bersama enta. Sebenarnya ana menghidap kanser otak beberapa bulan yang lepas. Ana tidak bersama enta kerana dari segi zahirnya ana tiada keupayaan. Bergerak pun sangat penat. Malah, kadang2 ana cuba kuatkan diri untuk gagah berjalan dan melemparkan senyuman demi sebuah persahabatan. Ana harap enta faham. Ana takut jika ana beritahu enta, tumpuan enta pada dakwah dan perjuangan akan lumpur kerana memikirkan ana. Bagi ana, ini takdir ilahi dan ana berusaha untuk menyembuhkan dan menerimanya. Cukup besar erti pertemuaan kita. Saat senyumanmu terukir hati gelisah menjadi dan ana harap semangat itu berterusan. Sungguh indah memori kita bersama dalam satu perjalanan yang panjang. Biarpun ana dijemput Allah pada usia yang muda, ana tidak menyesal kerana ana merasakan masa yang diberi Allah berkualiti. Di isi sebaiknya oleh sahabat perjuangan. Matlamat hidup ana jelas dan ana pergi dengan rasa tenang. Moga nanti kita ketemu di syurga Allah wahai sahabat… teruskan jalanmu biarpun berliku.. salam ukhuwah fillah abadan abada.

Air mata Uthman mengalir di pipinya mengenangkan sahabatnya. Uthman menguruskan jenazah sahabatnya malah mengimami solat jenazah dengan penuh khusyuk. Doanya sentiasa di sisi. Biarpun perjuangan Uthman tanpa jasad Ahmad di sisi namun perjuangan dan semangat sentiasa beraura dalam pergerakannya.. Sebuah memori yang cukup utuh. Nilai persahabatan dalam sebuah perjuangan. Moga suatu hari nanti hati-hati mereka disatukan kembali dalam kenikmatan syurga Firdausi.. Allahu Allah..

Sahabat hakiki…

manusia tidak akan lari dari mencari sahabat-sahabat kerana manusia saling melengkapi antara satu sama lain. Fitrah seorang insane adalah untuk disayangi oleh insan yang lain. Begitu jugalah dalam bersahabat. Cumanya amat rugi jika sahabat yang dipilih sekadar untuk keseronakan dunia dan bukannya matlamat yang lebih panjang dan luas. Carilah sahabat yang mana mampu menjadi teman saat kita suka dan duka, penasihat pabila kita alpa, penyokong agar kita tidak terjerumus pada maksiat dan penebas semak-semak untuk menerangi jalan redha Allah. Seorang sahabat yang mana mampu menyelamatkan kita dari azab neraka, hatinya bersatu hanya dalam perjalanan seorang hamba menuju redha Allah dan dikembalikan kesatuannya pabila bertemu di syurga Ilahi. Sahabat yang mampu menerima keperitan dunia bersama namun di akhirnya merasai kenikmatan syurga Allah yang cukup indah dan hakiki. Itulah nilai sebuah persahabatan..

Sabda Rasulullah..

“tidak sempurna iman seseorang itu melainkan dia mengasihi saudaranya melebihi dirinya sendiri”

Subhanallah, sungguh cantik nilai persaudaraan dalam islam.. oleh itu sahabat, pilihlah sahabat yang sebenarnya agar mampu bersahabat hingga ke syurga. Cari dan teruskan mencari sahabat yang mampu menenangkan hati kita dalam pengembaraan dunia ini. Jika ditemui, peganglah erat-erat agar seerat tali kapal yang utuh diikat agar nanti mereka yang membantu mencorakkan kebahagiaan dunia dan akhirat. Wujudkan ukhuwah islamiah dalam diri kalian.. selemah-lemah perkara dalam ukhuwah ialah berlapang dada dan setinggi-tingginya itsar yang cukup tinggi nilainya.. teruskan berjuang.. moga-moga hati kita bersatu kembali kepada Allah.. uhibbukum fillah ya sahabat… selamat membaca dan salam ukhuwah.. (^_^)..

Image

Leave a comment