Can't Speak? Then Write.

#1

Sebelum masuk bulan Ramadhan lagi, semua orang dah bersiap-siap dah dengan perancangan masing-masing, nak buat aktiviti harian. Tak boleh nak buat aktiviti lasak-lasak, takut nanti penat. Tak boleh buat kerja outdoor sikit, semua nak buat kat dalam tempat-tempat sejuk. Takut panas, haus katanya. Tak apalah. Panas sikit je pun. Tu kan panas kat dunia, belum panas kat akhirat lagi, kata yang lain. Kan bulan puasa ni (lagi sedap kalau disebut bulan Ramadhan), lagi elok kalau kita bekerja lebih. Beribadah la lebih sikit. Kan kita kerja tu niat untuk ibadah (mengabdikan diri kepada Allah). Kalau kerja penat sikit nak komplen-komplen, ada la tu yang tak kena dengan kita. Niat kerja untuk apa sebenarnya? Tanya balik diri masing-masing. Zaman Rasulullah dulu, orang boleh pergi berperang masa bulan Ramadhan. Zaman millennium platinum sekarang ni, nak kerja lebih sikit dah mula mengeluh, aduhh. Macam mana ni?

#2

Bulan Ramadhan ni bulan sale yang…

View original post 1,153 more words

:. MURABBI LANTIKAN TUHAN .:

Murabbi Lantikan Tuhan
Murabbi Lantikan Tuhan“Ustaz, saya bercita-cita nak jadi murabbi” jawab seorang anak muda ketika saya sedang memberikan pengisian kepada bakal pejuang Islam masa hadapan insyaallah.

Tajuk yang diberikan kepada saya dalam program itu ialah “ Tarbiah Asas Perjuangan”

“ Owh ye ke…. Alhamdulillah. Tahniah..” Saya hampir menjerit…kegembiraan.

Sukar sebenarnya untuk melihat seorang anak muda bercita-cita untuk menjadi murabbi.

“ Lepas slot ust ni datang jumpa ust sekejap ye.” Pesan saya padanya, berbisik.

KECELARUAN TENTANG MURABBI

“ Akhi, apa yang nta faham tentang murabbi…” tanya saya padanya ketika beliau sedang menemani saya makan. 

Pastinya makanan asasi program.

Kek pisang dan teh sebagai santapan selepas pengisian tersebut.

Kek pisang dan teh amat sinonim tentang pentarbiahan. 

Semenjak saya menjadi peserta, setelah itu menjadi AJK program-program tarbiah dan sekarang menjadi penceramah…

“Hakikatnya sudah berbelas tahun berlalu, namun kek pisang dan teh tetap menjadi phujaan…hehe. Kenangan……….kenangan” monolog saya sendirian.

“Murabbi ni ust sebenarnya jawatan yang pimpinan berikan kepada orang-orang tertentu untuk meneruskan pentarbiahan kepada generasi-generasi seterusnya….” 

Jawab beliau.

Yakin sekali.

Langsung tidak kelihatan riak keraguan di wajahnya.

“Lagi…” pinta saya supaya disambung jawapan itu.

“ Emmmm…. Orang itu mestilah diutamakan orang yang takhassus dalam bidang agama…” 

“ Nta bidang apa ye….” Soalan cepu cemas saya padanya.

“Ana bidang kejuruteraan ust..” 

“ Kalau macam tu, boleh ke nta jadi murabbi..?”

“ Ini yang nak minta pandangan ust, ana bercadang untuk tukar bidang pengajian Islam ust, apa hemat ust?

“ Kenapa nak tukar?” Tanya saya kehairanan.

“ Ye la ust… pasal ana nak sangat nak jadi murabbi ust. Lagipun ana juga bercita-cita nak jadi ulama’” 

KEKABURAN MENGUNDANG PADAH

franchisessentials.files.wordpress.com/2012/02/confused.jpg

“ Ya akhi…ana sayangkan nta…”

“ Andai nta tiada nilai di hati ana, ana akan abaikan sahaja kekaburan nta. Biarkan nta terus dalam kebingungan dan kesalahan”

Sambil mata saya memandang tepat ke wajahnya, tangan saya memegang kakinya.

“Ya akhi, nta pernah tinggalkan solat fardhu di masjid dengan sengaja tak dalam seminggu ini?”

“ Pernah ust..”

“Pernah tak nta tak baca al-Quran dalam seminggu ini dengan sebab malas?”

“ Pernah ust…” sambil kepalanya semakin menunduk. Harapnya beliau dapat menangkap maksud saya.

“ Minggu ini pernah qiam?”

“ Em…. Tak ust. Banyak sangat urusan program kena buat”

Ya akhi….murabbi datang dari kalimah RABB yang bermakna TUHAN. Dan MURABBI itu bermakna orang yang dekat dan mempunyai sifat keTUHANan. 

Akhi, nta solat di bilik, qiam jarang-jarang, quran selalu tinggal…. Apakah itu tanda dekat dengan Tuhan?

“Cuba nta letak tangan di atas dada….. Pejamkan mata. Ust ada nak tanya sesuatu”

“ Penah tak nta berdengki dengan orang dalam seminggu ini?”

…………… (senyap) Mengangguk kepala.

“ Pernah hati ini menangis di hadapan Tuhan…keseorangan. Menghitung dosa dalam sepanjang nta terlibat dalam pentarbiahan?”

Menggeleng.

“ Pernah hati ini menangis kerana musibah saudaranya?”

Senyap…

Menggeleng kepala…. 

“ Jarang-jarang….” bunyinya perlahan.

“Buka matamu akhi..” 

Akhi, andai begitu adakah sudah engkau dekat dengan Tuhan?

Adakah engkau mempunyai dan mengamalkan sifat keTUHANan?

Bahkan akhi, engkau mengamalkan banyak sifat yang berlawanan. 

Lalu, bagaimana mungkin engkau akan rapat denganNya?

Andai engkau begitu, bagaimana mungkin engkau mahu menjadi murabbi.

Andai kekasihmu membenci wangian, engkau dengan sengaja memakai wangian..apakah itu tanda sayang?

ERTI MURABBI

4.bp.blogspot.com/_2wD4r4LaobI/R1L10-tcRLI/AAAAAAAAAFQ/Mp1J-tGC6K4/s1600-R/baitulmuslim.jpg

Akhi, seorang murabbi itu hatinya hidup.

Jasadnya mendekap dengan Tuhan.

Hidupnya beralaskan agama.

Lintasan hati yang berdosa itu dirasanya seperti berzina.

Kalamnya itu sekadar keperluan, bukannya tutur dunia yang sia-sia.

Akhi, lapangan belajar di universiti bukan penentu utama dekatnya dia dengan Tuhan.

Yang penting dia menjadikan al-quran dan sunnah sebagai bicara hatinya dalam kehidupan.

Hatinya berfatwa dengan keimanan apabila berbuat dosa.

Hatinya berfatwa keihsanan apabila berbuat pahala.

Akhi,

Hanya hati yang hidup sahaja yang akan menghidupkan hati orang lain.

Mana mungkin hati yang mati, yang jauh dengan Tuhan…akan menyuburkan hati yang lain yang kegersangan. 

“Maaf, ana terpaksa beransur pergi” 

Saya tinggalkan beliau sambil bersalaman dan berpelukan.

“Maaf, ana tak boleh lama, ada program lain pula ni… Apa pun akhi, murabbi itu bukan hanya sekadar jawatan lantikan jemaah. Ia adalah lantikan Tuhan. Andai pada pandanganNya,kita sudah layak, Dia sendiri yang akan memberikan haibah dan ‘izzah pada manusia yang lain untuk menadah air keimanan dan keihsanan daripadanya…”

“ Carilah cintaNya…. Pasti engkau dilantik” pesanan akhir saya padanya.

 
-Ustaz Mohamad Ridhauddin-

kanvas putih

Image

Comel sungguh senyuman bayi itu.sesiapa pun pasti tersenyum melihat senyuman bayi itu.senyuman yang terbit dari seraut wajah yang suci.

Bayi.fitrahnya suci.suci dari sebarang kehitaman dosa.jauh sekali daripada mewarisi dosa-dosa ayah dan ibunya.begitulah fitrah seorang bayi.

Lembaran kain putih.itulah analogi yang sering diberikan pada bayi.ibu bapa menjadi pelukis bagi mewarnai lembaran main putih ini.mereka punya pilihan warna yang pelbagai untuk untuk dipilih.namun begitu,pilihan warna yang terbaik pastinya pilihan warna yang asasnya daripada Islam.inilah warna yang terbaik untuk mewarnai lembaran kain putih ini.

Kain yang bermutu pastinya kain yang mempunyai warna dan corak yang menambat hati.begitulah juga dengan manusia.setiap orang punya kanvas kehidupan sendiri.masing-masing punya warna dan corak yang berlainan.Jika warna yang dipilih untuk mewarnai kanvas itu adalah warna-warna keimanan dan ketakwaan,pasti kanvas itu tinggi nilainya.sebaliknya akan berlaku jikalau kanvas hanya dipenuhi contengan-contengan kosong dan tidak diwarnai dengan warna keimanan dan ketakwaan,pasti nilai kanvas itu akan merosot sehingga ada kanvas yang merosot nilainya hingga menjadi tidak bernilai.alangkah ruginya.

Kanvas yang bernilai tidak sepastinya bernilai selama-selamanya andai kualiti kanvas itu tidak dijaga dan ditingkatkan kualitinya.kanvas yang kurang bernilai pula boleh menjadi bernilai seandainya kanvas ini diwarnakan dengan warna-warna seperti warna dakwah n’ tarbiyyah.segalanya bergantung kepada pemilik kanvas itu untuk memilh warna bagi kanvasnya.

Marilah kita bermuhasabah sejenak dan melihat apakah warna dan corak yang telah kita lakarkan pada kanvas kita.selagi helaan nafas masih ada,kita masih mampu melakar kanvas supaya kita dapat meningkatkan lagi kualiti dan nilainya kerna akan tiba satu hari nanti di mana kanvas ini akan dinilai oleh penilai yang teragung,Allah SWT.

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

~240707
Taimeiryo.

A balanced life…

A balanced life 

What is mean by that?
Is balance life is a life that only be occupied with your work/study and your personal life only?
If that is your perception, then your life is just a typical life.

A balanced life is not only about work,study,hang out with friends and etc.you need more than that.you not a robot that run through a same routine everyday.you are a living thing that equipped with lot of abilities.

In order to create a balanced life, you need to know what is your purpose of life.you live for something or live for nothing.

In Islam,we believe that the main purpose of human to be created in this world is to worshiping to Allah The Almighty.He is the one who creates us and all that we can see and what we can feel.so we don’t have any reason to not worshiping Him because He holds everything in this world and galaxy and infinity.

So,you should include the ‘ibadah’ in your daily schedule in order to create a balanced life.start from the moment you open your eyes in the morning until the moment you close your eyes at night.

Suboh-zohor-asar-maghrib-isyak.
These are ‘solat’ that you need to complete everyday without any excuses.except for those who can’t complete it because of certain circumstance.these are our chances to have a personal time with Allah The Almighty.awesome right.

Islam is not only about ‘solat’.it is about the way of life.Islam teaches us everything.from the simplest thing like wearing a shoes until the biggest thing like choosing a prime minister for the country.

so don’t we see that we have a complete,perfect guide for us.we always wondering and finding what is the best book,the best people,that write the guide to have a better life but we forget to see what Islam has teach us,what Allah has say in the Al-Quran.these are something that we can’t miss out.we need to take these as our perfect guide before we are invited back to see Him.

The choice is now in your hand.wether you want to take it or not.

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

-memoir in the rain.
240704

:. KITA INSAN ISTIMEWA? JANGAN PERASAN .:

:::DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG:::

:::SELAWAT & SALAM BUAT JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W:::

 

-ISU PALESTIN-

Saya kirakan sudah lama isu ini kita tahu.Samada kita ambil tahu atau buat-buat tak tahu terpulang pada diri masing-masing.

Saya juga tidak suka ambil tahu pasal isu ini.Sekadar mendengar perkongsian dari sesiapa,atau tertengok berita,atau terpergi ceramah sebab selalunya ceramah pasal isu ini panel yang hadir adalah terdiri mereka yang hebat-hebat dan terkenal.Dan kadang-kadang pergi sebab ikut kawan.Rasa macam jahat sangat kalau tidak pergi.Bukan tidak mahu ambil tahu,tapi sikap diri yang malas membaca dan mencari dalam diri yang menjadikan saya tidak lebih dari seorang yang hanya memikirkan hal sendiri.Kagum melihat mereka yang banyak pengetahuan berkenaan isu-isu ummah,yang suka mencari info-info terkini tentang saudara-saudara di sana.Cemburu melihat insan-insan yang pernah menjejakkan kaki ke bumi yang Allah limpahkan keberkatanNya di situ,membantu saudara-saudara di sana.Tapi dalam hati selalu terdetik..

“Ala..aku bukan dapat bantu apa-apa pun..takat tau,orang lain pun tau..kalau takat tiap-tiap kali pergi program,nangis-nangis,pastu balik boleh lagi gelak-gelak,,baek x payah amek tau..x effect apa pon kat depa..”

huhu..insyaAllah itu dulu.

alhamdulillah3x..syukur hanya pada Allah..

Allah ketuk juga hati ini sekuatnya supaya sedar jangan pentingkan diri sendiri.Jangan sibuk fikir pasal diri sendiri saja.Di sana nanti saat disoal oleh mereka,terkelu lidah tanpa kata baru nak ambil tau?tak guna dah.Masa itu baru padan muka,tak tau nak jawab apa.

Saat yang paling menyentuh hati apabila tengok gambar kanak-kanak & orang tua.

Saat tu,pelbagai soalan dok tembak-tembak diri.

Adik-adik kita kat sini,leka main ipad..ps2,ps3,ps4..bla bla bla..

adik-adik kita kat sana???main batu baling israel..

bukan kata adik-adik kita,kita pun x tao lagi berani ka x kalao nak baling pencuri masuk rumah..lari pi menyorok ada..

 

kalao nak tidoq tu,kena ada kipas..mat salleh la konon..hot!!

kalao ada bunyi nyamuk sikit dok terbang kot telinga pon kalut dah..bising satu rumah..”nyamuk banyak r malam ni..mai mana x tao..pasang ubat nyamuk pun x guna..”

saudara-saudara kita kat sana,bukan takat siang,tengah-tengah malam waktu paling sedap tidoq,bukan nyamuk..BOM dok meletup sana sini..kita rasa depa dok bising kat israel..”woi,hampa dok kacao pa kami nak tidoq sat..esok sambung bom balek..” ada depa pkay kepentingan depa?ADA????!!!

 Habeh dah rasa Ghaza & Tebing barat hari ini Israel tawan  kalao depa dok pkay nak tidoq selesa..

 

Satu lagi pasai kita..

Makanan.Saya rasa lebih dari cukup.Kalau kt Cemara Akasia tu,pusing kot mana pun kedai makanan.Mamak tak mamak suma ada.Pasar malam tepi asrama ja.Tu pun kadang-kadang tu..

“Jom pi makan kat restoran terapung,boring dah tiap-hari makan nasi bujang pak mat..”

Adik-adik,saudara kita kat sana dalam sehari tu makan apa pun x tau..pernah kita pkay?ntah ada makanan ka x..pnah kita pkay?

Mungkin pernah..time bila kita pkay?

time baru balik dari ceramah pasal palestin.time semangat berkobar-kobar nak lawan israel (konon la..)..time tu ja kita pkay.Cuba tengok 2 3 hari lepas tu,paling lama pun seminggu la..ada kita pkay?pkay nak isi perut sendiri bagi kenyang ada..

 

Itulah sebenar hakikat kita.Nak terima atau tidak,terpulang.

Saya berani kata itu hakikat kerana saya juga seperti itu.Saya manusia,kita manusia.Kita tidak berada ditempat mereka.Kita masih di zon selesa.

Mereka insan istimewa dipilih Allah.Mereka mampu,sebab itu Allah pilih mereka,bukan kita.Cemburu itu ada kerana kenapa mereka bukan kita?Namun,back to Allah yang lebih mengetahui siapa diantara hambaNya yang hatinya kuat & mampu.

Kita bukan yang terpilih tidak bermakna kita kena tengok saja.Allah letakkan kita di sini,ada fungsinya untuk mereka.

Saya bukan siapa-siapa untuk mengajak anda..Tapi,atas rasa kasih pada keluarga saya di sana,saya seru diri sendiri dan kalian semua yang telalu sibuk dengan hal sendiri untu kita banyakkan berdoa & solat hajat untuk mereka.Mereka tidak perlukan kita untuk turun ke padang sama-sama lawan musuh.Mereka tagih doa kita,saudara seakidah mereka.Sabda Rasulullah s.a.w..

“tidak sempurna iman seseorang itu melainkan dia mengasihi saudaranya melebihi dirinya sendiri”

Kalau nak sesuatu perkara yang kita rasa baik untuk diri kita,pasti sungguh-sungguh kita doa pada  Allah.Tambah lagi masa nak exam,solat hajat sekelip mata jadi rutin.Sayang diri,mestilah nak benda-benda baik ja kan untuk diri kita.

Jadi,kenapa tidak kita lakukan perkara yang sama untuk saudara kita di sana?

Setiap kali solat,jangan lupa doakan mereka.

Buat solat hajat.Kalau rasa malas buat sorang-sorang,ajak buat jemaah.Lagi mudah Allah nak makbulkan doa.Kalau kat cemara akasia tu,insyaAllah ramai ja akan join kalau buat.Ikhwah akhawat kat sana kan soleh & solehah semuanya 🙂

p/s: asif kalau bahasa agak kasar.Sekadar untuk peringatan bersama saja.

InsyaAllah,setakat itu dulu perkongsian rasa untuk kali ini.Moga-moga kalian dapat sesuatu dari perkongsian ini.Tidak banyak pun,sikit dah cukup sebagai bekalan di sana.

Jaga iman,jaga hati,jaga diri.Assalamualaikum.

 

erti perjuangan

Apa erti sebuah perjuangan tanpa satu tujuan yang pasti ? Seperti sebuah machine yang pastinya dicipta untuk function yang tertentu. Hmm. Jadi apa erti perjuangan ? Apa tujuannya ?

Image

haa… Inilah tujuannya. Jihad. Semua usaha yang kita lakukan adalah jihad fi sabilillah inshaAllah. Jihad untuk apa pulak ? Jihad untuk mendapat redhaNya. Untuk menjadi orang power. Untuk mendapat syurga Allah yang hakiki. Bukankah syurga itu tempat orang-orang yang power. Kita perlulah menjadi orang yang power (bukan power rangers..itu satu pembohongan) untuk menjadi ahli syurga. Barulah setaraf. Hoyeah. Semakin tidak formal di sini. ( kembalilah mood skema penulisan =.= ). Alhamdulillah selagi mana jihad yang kita lakukan semata-mata untuk mendapat redha Allah dan membantu agamaNya, nescaya Allah akan membantu kita dan mempermudah segala urusan kita.

Tahu tak jihad fi sabilillah antara amalan yang paling power sekali yang kita boleh lakukan. Study pun di kira jihad. Jihad paling raksasa ialah jihad melawan monster nafsu ( bahasa pelik =.= ).

Marilah kita tajdid niat. Fikir-fikirkan adakah usaha kita selama ini untuk tujuan yang power di atas ? InshaAllah mari sama-sama kita berusaha mencari cara dan metode yang paling ultimate untuk mencapai matlamat ini. Selain itu, adakah kita sahaja yang perlu berjihad ? Jadi, marilah kita ajak ramai-ramai orang kampung orang bandar berjihad sekali. Kitakan sahabat. Lebih tepat lagi saudara.

ukhuwah dalam perjuangan.

Salam ukhuwah, apa khabar iman dan jasad kalian. Alhamdulillah bertemu kembali dalam ruangan ini. Hinanya diri untuk menungkil coretan rasa. Namun diri ini menulis agar memperbetulkan kekurangan diri dan agar mampu dikongsi dengan sahabat.. ukhuwah itu sampai syurga..

2 insan pencari redha Allah.

Uthman seorang anak muda yang berjiwa muda dalam perjuangan. Uthman mempunyai seorang sahabat sejati yang sangat akrab dengannya. Seorang yang sentiasa memberi nasihat padanya, tertawa dan menangis bersama, jatuh dan bangun bersama dan yang sentiasa gah dalam medan perjuangan dakwah. Sahabatnya itu bernama Ahmad. Akrabnya mereka jika peha kanan Uthman dicubit dan sakit maka peha Ahmad juga demikian. Mereka berada pada kumpulan penggerakan islam yang sama yang mana matlamatnya cukup jelas dalam perjuangan. Biarpun mereka penat dan letih berlari kesini dan kemari namun kepenatan itu bukannya pahit malah begitu manis. Ikhlasnya mereka dalam berdakwah sehinggakan ramai di antara sahabat mereka melihat mereka seperti sepasang kasut yang sukar untuk dipisahkan. Namun, sejak kebelaknagn ini, Ahmad dilihat berjauhan dengan Uthman. Kelincahan Ahmad dalam dakwah semakin perlahan dan Uthman menyedari perubahan itu. Bila ditanya mengapa berubah, Ahmad hanya tersenyum dan katanya ada perkara lain di luar. Cuba sembunyikan sesuatu. Uthman terasa sedikit terasa dan merasakan Ahmad sudah ada perkara lain dan sedikit memperlahankan perjuangan mereka. Bila sahaja bertemu, Ahmad mukanya agak pucat, penat dan hanya tersenyum manis. Mungkin sahaja Ahmad sudah ada aktiviti lain di luar. Mereka jarang berjumpa bersama. Suatu hari, Uthman menerima paggilan telefon menyatakan bahawa Ahmad sakit tenat di hospital. Dengan perasaan hiba dan sebak Uthman berlaju ke hospital. Air mata Uthman mengalir melihat badan Ahmad lemah atas katil. Uthman mendekati dan memegang tanganya. Ahmad berbisik sesuatu pada Ahmad sambil cuba melemparkan senyuman. “teruskan berjuang wahai sahabat”. Dia kemudian dengan tenang dan lancar meniggal di sisi Uthman. Suasana sebak selubungi Uthman melihat senyuman terakhir Ahmad. Kemudian, Uthman melihat satu genggaman surat di tangan Ahmad yang tertera nama Uthman. Uthman membuka dan membacanya;

“Salam sahabat. Moga enta ceria selalu. Ana ingin meminta maaf sekiranya sepanjang perkenalan kita, ana banyak menyusahkan dan melakukan kesilapan pada enta. Ana ingin meminta maaf jika sekiranya beberapa minggu ini ana berjauhan dengan enta. Bukan sengaja ana berjauhan tetapi ana tidak mampu. Hati ini sungguh rindu pada perjuangan bersama enta. Sebenarnya ana menghidap kanser otak beberapa bulan yang lepas. Ana tidak bersama enta kerana dari segi zahirnya ana tiada keupayaan. Bergerak pun sangat penat. Malah, kadang2 ana cuba kuatkan diri untuk gagah berjalan dan melemparkan senyuman demi sebuah persahabatan. Ana harap enta faham. Ana takut jika ana beritahu enta, tumpuan enta pada dakwah dan perjuangan akan lumpur kerana memikirkan ana. Bagi ana, ini takdir ilahi dan ana berusaha untuk menyembuhkan dan menerimanya. Cukup besar erti pertemuaan kita. Saat senyumanmu terukir hati gelisah menjadi dan ana harap semangat itu berterusan. Sungguh indah memori kita bersama dalam satu perjalanan yang panjang. Biarpun ana dijemput Allah pada usia yang muda, ana tidak menyesal kerana ana merasakan masa yang diberi Allah berkualiti. Di isi sebaiknya oleh sahabat perjuangan. Matlamat hidup ana jelas dan ana pergi dengan rasa tenang. Moga nanti kita ketemu di syurga Allah wahai sahabat… teruskan jalanmu biarpun berliku.. salam ukhuwah fillah abadan abada.

Air mata Uthman mengalir di pipinya mengenangkan sahabatnya. Uthman menguruskan jenazah sahabatnya malah mengimami solat jenazah dengan penuh khusyuk. Doanya sentiasa di sisi. Biarpun perjuangan Uthman tanpa jasad Ahmad di sisi namun perjuangan dan semangat sentiasa beraura dalam pergerakannya.. Sebuah memori yang cukup utuh. Nilai persahabatan dalam sebuah perjuangan. Moga suatu hari nanti hati-hati mereka disatukan kembali dalam kenikmatan syurga Firdausi.. Allahu Allah..

Sahabat hakiki…

manusia tidak akan lari dari mencari sahabat-sahabat kerana manusia saling melengkapi antara satu sama lain. Fitrah seorang insane adalah untuk disayangi oleh insan yang lain. Begitu jugalah dalam bersahabat. Cumanya amat rugi jika sahabat yang dipilih sekadar untuk keseronakan dunia dan bukannya matlamat yang lebih panjang dan luas. Carilah sahabat yang mana mampu menjadi teman saat kita suka dan duka, penasihat pabila kita alpa, penyokong agar kita tidak terjerumus pada maksiat dan penebas semak-semak untuk menerangi jalan redha Allah. Seorang sahabat yang mana mampu menyelamatkan kita dari azab neraka, hatinya bersatu hanya dalam perjalanan seorang hamba menuju redha Allah dan dikembalikan kesatuannya pabila bertemu di syurga Ilahi. Sahabat yang mampu menerima keperitan dunia bersama namun di akhirnya merasai kenikmatan syurga Allah yang cukup indah dan hakiki. Itulah nilai sebuah persahabatan..

Sabda Rasulullah..

“tidak sempurna iman seseorang itu melainkan dia mengasihi saudaranya melebihi dirinya sendiri”

Subhanallah, sungguh cantik nilai persaudaraan dalam islam.. oleh itu sahabat, pilihlah sahabat yang sebenarnya agar mampu bersahabat hingga ke syurga. Cari dan teruskan mencari sahabat yang mampu menenangkan hati kita dalam pengembaraan dunia ini. Jika ditemui, peganglah erat-erat agar seerat tali kapal yang utuh diikat agar nanti mereka yang membantu mencorakkan kebahagiaan dunia dan akhirat. Wujudkan ukhuwah islamiah dalam diri kalian.. selemah-lemah perkara dalam ukhuwah ialah berlapang dada dan setinggi-tingginya itsar yang cukup tinggi nilainya.. teruskan berjuang.. moga-moga hati kita bersatu kembali kepada Allah.. uhibbukum fillah ya sahabat… selamat membaca dan salam ukhuwah.. (^_^)..

Image

:. kenapa perlu lauk ? .:

::: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG :::

::: SELAWAT & SALAM BUAT JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W :::

Dikisahkan pada saya sebuah cerita …

Jam di dinding menunjukkan 10.30 pagi.

” along ! along ! “

” ada apa  mak ? “

” dah solat dhuha belum? “

” ala mak ni.. sunat ja la..cukup la along semayang yang wajib tu.. “

12.30 tengah hari.

Along berjalan ke dapur untuk makan tengah hari seperti biasa.

” mak ! mak ! “

” kenapa along ? ada hantu ka kat dapur tu ?

” mak,mana lauk tengah hari ? kenapa nasi ja ?

” x kenyang ka along makan nasi saja? “

” ala mak ni..mana sedap makan nasi saja.. “

” ha..tau pun.tadi mak suruh along solat dhuha along cakap cukup ja solat yang wajib tu..maknanya cukup ja la along makan nasi ja tengah hari ni,”

” tu solat mak..ni makanan..”

” solat pun macam tu juga along..memang la cukup yang wajib,yang Allah suruh tu.tapi mesti la kita nak cantikkan,nak sedapkan lagi ibadat harian kita.macam mana?dengan kita lakukan amala-amalan sunat..x gitu along.. 🙂 ? “

along menundukkan kepala.tanda setuju dengan apa yang dikatakan ibunya.

Akan tiba satu hari kita akan kembali menghadap Ilahi.apakah kita fikir cukup dengan ibadat-ibadat wajib kita bawa sebagai bekalan untuk bertemu Dia,yang Maha segalanya ?

Moga-moga kita mendapat ibrah dari kisah di atas.Ambil pengajaran tersebut untuk kita memperbaiki diri dalam meneruskan perjalanan menuju Ilahi.

HARGA SEBUAH KASIH SAYANG

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani.

HARGA SEBUAH KASIH SAYANG

Sebuah Nissan Skyline GTR r-35 terletak gagah di hadapan perkarangan rumah Amir. Kereta yang selama ini diidam-idamkannya telah menjadi miliknya. Mimpinya menjadi kenyataan dan koleksi kereta mewahnya bertambah. Dengan gajinya yang mencecah lima angka sebulan ditambah lagi dengan pendapatan isterinya, pastinya membeli kereta seperti itu mudah baginya. Kehidupannya sekeluarga boleh dikatakan dalam golongan berada.

Amir dan isterinya dikurniakan seorang puteri yang comel diberi nama Putri Leya. Usia Leya baru sahaja mengenjak 2 tahun dan semestinya kanak-kanak sepertinya punya sifit ingin tahu dan ingin mencuba yang tinggi kerana ia merupakan salah satu proses pembesaran bagi kanak-kanak seusianya. Namun begitu, Leya ketandusan kasih sayang daripada kedua ibu bapanya. Kesibukan ibu bapanya mengejar kemewahan menyebabkan Leya terabai. Kebanyakan masa, Leya bersama dengan pengasuhnya, Mak Jah. Selama ini Mak Jah jua yang mengasuh dan mendidik Leya.

Suatu pagi, Leya bermain di garaj kereta ayahnya. Leya, yang sering menonton rancangan ‘Art Attack’ membuatkan dia menjadi seorang yang kreatif. Di sudut garaj,terparkir kereta Nissan Skyline GTR R-35 ayahnya. Kemasan kereta ayahnya yang ‘glossy’ menarik minat Leya untuk meluahkan seninya yang terpendam. Lalu, Leya mengambil spanar di rak perkakas di sebelah kereta Nissan Skyline GTR R-35 ayahnya itu. Maka bermulalah projek seni Leya. Dengan penuh tekun dia mengukir dan melukis apa yang ingin dia luahkan. Pokok, burung, sungai, dan bermacam-macam lagi.

Kelihatan jam di ruang tamu sudah menunjukkan pukul  7 petang. Kedengaran deruan enjin kereta memasuki perkarangan rumah dan kelihatan Amir dan isterinya keluar dari kereta. Leya berlari keluar mendapatkan kedua ibu bapanya bagi melepaskan kerinduannya seharian.Amir yang keletihan ditarik oleh Leya ke garaj kereta kerana Leya ingin menunjukkan hasil seninya pada ayahnya.
Jantung Amir bagai berhenti berdegup apabila melihat kereta kesayangannya dipenuhi dengan lukisan dan contengan. Yang lebih memedihkan lukisan dan contengan itu merupakan torehan-torehan menggunakan perkakasan besi yang tajam. Amir yang tidak dapat menahan amarahnya melihat ke arah Leya yang masih lagi senyum mengharapkan ayahnya menyukai hasil seni yang telah dia pamerkan pada kereta ayahnya.

Amarah yang memuncak bagaikan tidak mampu ditahan. Amir mencapai sebatang kayu kecil yang terletak tidak jauh dari tempatnya berdiri dan menarik tapak tangan Leya ke arahnya.Amir merotan tapak tangan Leya tanpa menghiraukan  tangisan dan jeritan Leya yang sedang dalam kesakitan. Nisha, ibu Leya dan juga isteri pada Amir,bersama dangan Mak Jah cuba menenangkan Amir yang sudah naik minyak namun usaha mereka hanya sia-sia kerana ternyata mereka tak mampu menahan kelakuan Amir yang terkenal dengan sifat panas barannya.

Malam itu Mak Jah menemankan Leya tidur di biliknya. Mak Jah baru sahaja selesai menyapu minyak gamat pada kedua belah tapak tangan Leya yang penuh dengan birat-birat luka disebabkan perbuatan Amir lewat petang tadi. Sungguh Mak Jah tidak menyangka yang Amir sanggup memperlakukan anaknya sebegini rupa. Kasihan anak kecil itu.Apakah kesalahan yang dilakukan olehnya wajar dihukum sekejam itu.Mak Jah melihat wajah Leya yang sudah terlena. Jelas nampak  anak kecil itu menanggung kesakitan dari seraut wajahnya yang suci itu.

Selang beberapa hari dari kejadian tempoh hari, keadaan Leya semakin membimbangkan. Demamnya semakin teruk dan luka-luka di tapak tangannya pula menjadi semakin parah hingga bernanah. Mak Jah memaksa Amir membawa Leya berjumpa dengan doktor kerana sebelum ini Amir hanya meminta Mak Jah menyapukan minyak gamat pada luka Leya dan memberi Panadol untuk mengurangkan demamnya sahaja.

Setelah dibawa berjumpa doktor, Leya terpaksa ditahan di wad kerana keaadannya yang teruk dan memerlukan rawatan selanjutnya daripada doktor. Dr Azrain,iaitu doktor yang merawat Leya keluar dari bilik rawatan pediatrik iaitu bahagian yang ditugaskan khusus untuk merawat kanak-kanak lalu mendapatkan Amir, Nisha dan Mak Jah yang sedang menunggu di luar bilik rawatan lalu menjemput mereka ke bilik pejabatnya.

Amir bertanyakan keadaan anak perempuannya. Jelas seraut kekesalan tergambar di wajahnya. Dengan penuh berat hati, Dr Azrain menerangkan keadaan Leya pada mereka bertiga. Air mata Nisha jatuh bercucuran  sebaik Dr Azrain menghabiskan ayat terakhirnya sambil Mak Jah cuba memujuknya. Amir pula tertunduk. Kesal dengan apa yang terjadi. Dr Azrain mengatakan yang kedua belah tangan Leya telah dijangkiti kuman dan sudah sampai ke tahap yang serius. Kedua belah tangannya perlu dipotong hingga ke pergelangan tangan bagi mengelakkan jangkitan kuman itu menular ke anggota badan yang lain. Amir sudah tidak punya pilihan lain. Pembedahan itu perlu dijalankan bagi menyelamatkan nyawa anaknya.

Masa berlalu dan pembedahan Leya selamat dijalankan. Keesokan harinya, Leya sedar dari lenanya. Dia kebingungan melihat wajah ayah dan ibunya di sisinya. Dia cuba menyentuh tangan ibunya berada di sisi kirinya namun dia tak mampu. Leya kehairanan dan dia merasakan bagai ada yang tak kena dan dia tersedar, kedua belah tangannya sudah tiada. Air mata Nisha tidak tertahan lagi melihat keadaan anaknya. Hatinya luluh. Leya tidak henti-henti meminta maaf pada ayahnya atas kesalahannya yang lalu dan meminta ayahnya memulangkan semula tangannnya. Dia berjanji yang dia tidak akan menconteng kereta ayahnya lagi. Amir tertunduk. Egonya runtuh. Dia tak mampu berkata apa-apa. Anaknya menjadi sebegitu kerana dia tak mampu untuk mengawal sifat amarahnya. Ternyata, saat dia menghukum anaknya itu, harga kasih sayangnya pada anaknya tak melebihi harga sebuah Nissan Skyline GTR R-35.
Image

::untuk apa aku hidup ? 1::

::DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG ::

::SELAWAT & SALAM BUAT JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W::

apa khabar sahabat-sahabat saudaraku?apa bentuk graf iman kita pada hari ini?

doaku..moga-moga semuanya terus terpelihara dalam rahmat & kasih sayang Allah ^^

Alhamdulillah ! bersama tangisan air mata, ibu & ayah kegembiraan menyambut kelahiran kita ke dunia.harapan mereka semestinya tinggi,sama ada mereka meluahkan melalui kata-kata atau tidak..apa yang pasti,mereka mahu melihat kita menjadi anak yang soleh/solehah,yang akan mendoakan mereka.

 Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘an  bahawasanya  Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. 

(Hadith riwayat Imam Muslim)

***************************

Apakah sengaja Allah lahirkan kita ke dunia?

Ayuh,kita tadabbur sedikit satu ayat dalam  LOVE LETTER ,

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Dan tidaklah Aku ciptakan seluruh jin dan seluruh manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu”

(Adz Dzariyat [51] :56)

tidak perlu diterang panjang lebar saya kirakan kerana sudah jelas dalam kalam Allah itu mengapa kita diciptakan & dilahirkan di muka bumi milikNya ini.

apakah pengertian ibadat yang Allah sebut itu pada kita?

sekadar solat?puasa?zakat?haji?

bukankah semua itu ada waktu-waktu tertentu untuk kita laksanakannya?

maksudnya,kalau bukan pada waktu-waktu tersebut kita tak boleh la nak beribadat kan? ^^

hmmmm..bukankah Allah itu Maha Penyayang?

mana mungkin Allah terhadkan waktu ibadat hambaNya kepadaNya..:)

bagaimana nak menjadikan dari awal kita bangun sampailah kita tidur dikira ibadat di sisi Allah s.w.t ?

 “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.

(Hadis Sahih Bukhari dan Muslim)

 apa kaitan hadis pertama Imam Nawawi ni dengan ibadat kita ?

semestinya ada kaitannya..^^

saya beri contoh..

kita bangun pagi, ucapkan alhamdulillah.

malaikat dah catat tu ‘ satu ibadat ‘ .sebab itu tanda kita ingat Allah.

pergi tandas,gosok gigi.niatkan dalam hati tu,” aku gosok gigi ni sebab nak ikut sunnah nabi ” <—- ‘dua ibadat !’

selepas tu kita mandi.sekali lagi jangan lupa niat.

” nak bersihkan diri sebab lepas ni nak menghadap Allah,kena bersih ” <— ‘lagi ibadat’

saya yakin kita boleh lihat dari contoh-contoh di atas,bagaimana dari sekecil-kecil perbuatan kita boleh jadi ibadat.

ayuh, kita sama-sama sentiasa perbaharui,cek balik niat dalam setiap langkah kita,dalam apa jua yang kita lakukan.

sedangkan Khalifah Umar Abdul Aziz,seorang pemimpin hebat sentiasa perbaharui niat dalam setiap langkah beliau,apatah lagi kita kan. :)

dalam sehari tu semestinya banyak perkara yang kita lakukan.cuba bayangkan andai setiap benda yang kita lakukan tu kita sentiasa perbetulkan niat kita kerana Allah,kerana Nabi,untuk kemajuan Islam..insyaAllah setiap perbuatan kita tu akan dikira ibadat oleh Allah s.w.t.

begitulah kuasa niat.mengubah tabiat menjadi ibadat.

dengan niat kita dapat kembali kepada salah satu tujuan kita hidup di bumi Allah ni,iaitu untuk beribadat kepadaNya.

insyaAllah moga-moga sahabat-sahabat mendapat kalau tak banyak pun,sedikit ilmu Allah dari perkongsian ini.moga bermanfaat.

bersambung : untuk apa aku hidup ? 2